Skip to main content

What If Games - Alat Inovasi Untuk Karya Fiksyen

Permainan 'What If' adalah alat ringkas bagi merangsang proses kreatif. Kata penulis novel humor kanak-kanak (The Annoying Ghost Kid), Robert Evans Wilson Jr, ia cara yang hebat bagi mendapatkan idea untuk buku, novel mahupun filem. Bukan itu sahaja, ini juga antara alat penting para pemain industri pengiklanan, seperti yang diajarkan oleh Jack Froster dalam bukunya How To Get Ideas.

Siri soalan 'what if' adalah cara yang selalu dilakukan dalam proses mengenal avatar dan demografi watak. Teknik ini boleh dilakukan sendirian mahupun dalam kumpulan.

Dalam penulisan karya saifai, ini soalan yang tidak boleh tidak mesti ditanya. Dalam perkongsian di laman penasaifai.com, ada dikongsikan perkara ini dan saya amat suka membacanya.

Jadi, bagaimana kita boleh melakukan eksperimen minda ini dan mantapkan rangka karya?

1. Sediakan logline (idea asas).

Saya mahu tulis cerita apa? Pasal siapa?

2. Terus mulakan soalan 'what if'.

Individu

Cari port lepak best dan bayangkan sesuatu sedang terjadi.
Boleh saja lakukan aktiviti ini ketika sedang duduk-duduk memerhatikan manusia.

Terus mulakan dengan soalan 'Apa akan jadi jika', atau 'What if...'

Contoh:

  • "Apa akan jadi jika perempuan bertudung merah itu lewat 30 minit?"
  • "Apa akan jadi jika tiba-tiba mesin tiket komuter rosak?"


Kumpulan

Aktiviti berkumpulan. Kelebihannya, lebih meriah dan akan keluar macam-macam poin. Ada dua kemungkinan, sama ada semuanya bagus atau lebih banyak yang merepek berbanding berkualiti.

Untuk lebih santai, kita ubah stail soalan kepada, "Apa akan jadi jika...."

Di sini, saya berikan beberapa contoh :


  • "Apa akan jadi jika ada jiran baru pindah sebelah rumah dan dia bekas tunang yang tinggalkan Dila tanpa berita?"
  • "Apa akan jadi jika kita dihantar bertugas ke tempat baru dan tak ada seorangpun boleh cakap BM dan BI?"
  • "Apa akan jadi jika pada pertama Ben pindah sekolah, ada kes kecurian di bilik guru dan masa tu, hanya ada muka Ben seorang dalam kamera CCTV?"
  • "Apa akan jadi jika seorang guru disiplin mendenda dua pelajar nakal dalam sebuah bilik dan apabila dia buka pintu semula, seorang pelajar terbaring berlumuran darah, pelajar seorang lagi pegang kayu tajam?"
  • "Apa akan jadi jika seorang polis ambil tugas menyamar dan kemudiannya baru tahu yang orang sebenarnya adalah pembunuh upahan?"
  • "Apa akan jadi jika sehari selepas berkahwin suami Nadia dapat arahan bertugas enam bulan di Afrika? Apa jadi jika sebaik sampai di sana, suaminya tidak dapat dikesan?"
  • "Apa akan jadi jika ribut paling teruk melanda negara? Macam mana kalau kesan ribut itu sistem keretapi Tanah Melayu - komuter, ETS, ekspres tergendala?"
  • "Apa akan jadi jika kita semua tak pernah kenal?"


3. Kembar enam

Seterusnya, datangkan setiap soalan 'Apa akan jadi jika...?' ini dengan set kembar enamnya yang tak pernah jauh - who, what, why, when, where, dan how?

Contohnya, untuk soalan what if pertama:
"Apa akan jadi jika ada jiran baru pindah sebelah rumah dan dia bekas tunang yang tinggalkan Dila tanpa berita?"

Kembangkan dan terus tanya. Tulis senarai jawapan atas sticky note.

Siapa lelaki itu?
Apa pekerjaan dia?
Macam mana dia boleh pindah?
Kenapa dia hilang?
Bila Dila tahu dia yang duduk rumah sebelah?
Apa reaksi famili Dila apabila mereka tahu?

Nampak macam mana cerita kita berkembang? Daripada sebaris ayat dan sekarang sudah timbul macam-macam perkara.

4. Kumpul dan nilai

Selesai sesi bertanya, kumpulkan jawapan dan lihat semula. Semuanya.
Ambil bahagian yang berkaitan dan tidak terlalu merepek sehingga melanggar logik.
Masa ini gunakan teknik KJ - kumpul ikut kumpulan dan kemudian kaitkan satu per satu.

5. Kaji 

Tambahkan kajian supaya idea lebih umph.

6. Draf rangka karya

Buat draf rangka cerita (story-arc) berdasarkan idea yang sudah dikumpul.

7. Tulis.

Rangka karya suudah siap. Tinggal satu perkara sahaja. Tulis.

Boleh saja, jadikan ia acara keluarga. Sambil-sambil bersantai, buat merapatkan hubungan. Selamat berkreatif!

Latihan:

Lihat gambar. Dalam masa 15 minit, tuliskan hasil sesi 'what if' anda bermula dengan soalan, "Apa akan jadi jika tiba-tiba lampu hijau menyala dari semua arah?"

Gambar hiasan. Saya tak ingat diambil bila dan sebenarnya sebab saya suka ambil gambar langit. Buat pemilik kereta kuning ini, saya mohon maaf sebab termasuk sekali.


Baca: 7 Teknik Membangunkan Skil Penulisan

Baca Juga: 4 Penipuan yang Penulis Percaya

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Buku : BUDAK KAMPUNG CONGO

Buku setebal 224 halaman tulisan Zyed Ahmad Hassan ini baru sahaja terbit. Naskhah terbit sendiri ini kaya dengan cerita pengalaman orang lama. Saya menikmati pelbagai perasaan yang datang sewaktu membacanya. Saya terkejut, ketawa besar, tersenyum, cemas, terjerit, menutup mata, dan menangis sepanjang membacanya.
Melihat judulnya, ada yang menyangka ini himpunan kisah pemuda-pemuda dari Congo, Afrika. Tentu sahaja salah tekaan itu, apatah lagi untuk orang macam saya yang tak pernah tahu Kampung Congo itu adalah tempat yang sama dengan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dikatakan, nama itu diberi kerana ia diteroka sekumpulan askar Melayu yang pernah berkhidmat di Congo. Sebahagian besar kisah dalam buku ini meliputi dua lokasi utama; Kampung Congo dan Kampung Jeram. Sebahagian lokasi lain hanya disentuh selepas Budak Congo ini memasuki sekolah menengah dan alam pekerjaan.
Disusun mengikut kronologi usia watak, saya terhibur membaca kisah-kisah nakal waktu kecilnya. Seronok mengikuti pe…

Mengintai Ruang Berkarya di Majalah (Cerpen)

Dalam dunia penulisan fiksyen, salah satu cara cepat untuk membina nama adalah melalui penerbitan cerpen di akhbar, majalah atau antologi penerbit yang tumbuh semakin banyak.

Secara tidak langsung, menghantar karya supaya terbit di ruang terbitan berkala menjadi platform yang baik membina momentum dan semangat untuk terus berkarya. Sementara menanti manuskrip novel dibukukan, kaedah ini ada masanya dilakukan ramai penulis tempatan. Kita juga tidak mahu menjadi penulis yang berputus asa kerana tidak ada karya yang terbit.

Hari ini, saya mahu berkongsi mengenai penerbitan karya secara eceran di majalah tempatan.
Bagaimana mahu melihat karya terbit di majalah?

Langkah Pertama: Beli majalah Buat pelaburan awal anda dengan membeli majalah yang ada di pasaran. Ciri penulis yang baik, tindakannya dirancang dan bermatlamat.


Sudah ada majalah? Semak tiga perkara.
Satu, maklumat editorial dan ruang kolum majalah. Ada ruang karya pembaca? Jika ada, adakah ia ruang cerpen atau puisi?

Dua, periksa …

Reviu Buku : Chimera Naga Terakhir

Chimera Naga Terakhir Penulis: Hasif Rayyan Penerbit: Aye Chip Enterprise 296 halaman


Judul buku ini jelas, ia adalah karya genre fantasi. Hanya, apabila membacanya saya dapat melihat penulis muda yang juga seorang guru sains ini turut tidak melepaskan peluang menerapkan pengetahuan sains kepada pembaca di dalam penulisannya. Usaha yang baik.
Pada awalnya, saya mengikut siri ini melalui laman Instagram penulisnya. Perkongsian petikan-petikan perenggan di ruang kapsyen gambar cover buku yang dilakukan buat beberapa minggu itu berhasil menarik perhatian saya. Dari situ, saya tidak berfikir panjang apabila Hasif memaklumkan naskhah Chimera Naga Terakhir sedang dicetak.
Kali pertama membelek buku ini, saya terfikir-fikir mengapa nama ilustrator diletakkan di kulit buku. Barangkali, sebagai penghargaan kepada pelukis kulit buku itu sendiri, memandangkan penulis pernah terlibat dalam projek komik. Jangkaan saya meleset apabila melihat terdapat beberapa halaman ilustrasi watak dimuatkan di dalam…