Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Enam Langkah Memelihara Nyalarasa Sebagai Penulis

Ada ketika, kita sangat bersemangat dan seronok kerana memilih mahu menjadi penulis. Tetapi, ada masanya kita hilang semangat dan berasa langsung tidak bermotivasi. Jadi, bagaimana hendak memastikan nyalarasa sebagai penulis ini tidak mati?
Ada enam kaedah mendapatkannya, seperti yang dikongsikan oleh Barrie Davenport, seorang jurulatih kerjaya.
1. Kenal diri sendiri. Sebelum ‘suara’ kita didengar oleh orang lain, kita dengar ‘suara’ sendiri dahulu. Seorang penulis mesti tahu apa yang membuatkan dirinya terusik, gembira, sedih, termotivasi, rasa bertenaga dan paling utama, dia tahu pegangan yang dia pilih dalam hidup.
2. Kenalpasti kualiti diri. Apa kekuatan penulis? Apa skil yang dikuasai penulis, yang membuatkan hasil tulisannya lebih mudah ditulis dan ‘sampai’ kepada pembaca?
Ada penulis yang mudah terganggu apabila perlu menulis cerita pengalaman dengan sudut pandang pertama, tetapi ada penulis lain boleh menulis dengan laju apabila menggunakan teknik yang sama. Kenalpasti kekuatan i…

Tiada Idea, Datangkan Banyak Why

#NotaIdea

Saya tiada idea. Apa yang perlu saya buat?

Sebenarnya, tahukah kita apa yang dinamakan sebagai idea?

Kata James Webb Young, "Idea itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah kombinasi beberapa elemen lama."

Jadi, mengapa saya tiada idea?
Sebab kita asyik fikir penyelesaian masalah yang dihadapi hanya ada satu sedangkan ada sangat banyak (ratus, malah ribuan) penyelesaian yang boleh dipilih, apabila kita menolak elemen serius dan logik ke tepi.

Sewaktu mencari idea, berfikirlah seperti kanak-kanak.
Datangkan banyak WHY dalam kepala.

Selepas itu, baru kita matangkan idea yang sudah datang, dengan kemahiran yang ada.

Dalam penulisan cerpen, penyelesaian ini adalah pilihan tindakan peleraian yang boleh diambil oleh watak utama bagi menyelesaikan masalah.

Nota : Ada kanak-kanak dalam diri setiap daripada kita. Jangan bunuh dia dengan pemikiran bosan orang dewasa.

Tip 08 : Seperti laptop, pen dan kertas adalah alat untuk menulis

#TipCerpen101

Hari ini, tip saya masih dengan isu masa.

Tip : Seperti laptop, pen dan kertas adalah alat untuk menulis.

Tidak semestinya perlu menulis di depan laptop. Cukup dengan install aplikasi Evernote atau menggunakan ruang memo di telefon, halaman manuskrip boleh bertambah. Kadang-kadang, ia bukan soal suasana persekitaran, tetapi mental. Sebabnya, persekitaran selesa boleh diwujudkan dalam fikiran. Cukup 15 minit sehari, hantar catatan ini ke emel sendiri.

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya menyudahkan manuskrip Lelaki Berbaju Biru selama tiga bulan, dengan menulis setiap hari di dalam beberapa buah buku nota dalam Komuter, dalam perjalanan pergi dan balik ke UKM. Kemudian, sebelum tidur setiap hari atau sekurang-kurangnya berselang dua hari saya pindahkan catatan itu ke laptop.

Tuan / Puan boleh lakukan begini juga. Pada hujung minggu atau suatu waktu tertentu setiap minggu, masukkan semua catatan dari nota harian itu ke dalam laman manuskrip. Boleh juga tulis dahulu …

Tip 07 : Teks visual - Baca dan terus berlatih

#TipCerpen101

Baca dan baca lagi.

Pagi tadi saya dapat soalan, "Macam mana MakMah kumpul teks visual?"

Sebenarnya, tak sempat kumpul pun. Apatah lagi nak simpan senarai dalam komputer. Haha

Tip : Baca dan terus berlatih.

Antara perkara yang saya buat, membaca dan terus membaca sebagai input.
"We are what we read."

Apa yang dibaca, biasanya itulah yang akan dikeluarkan.

Pasal teks visual, ia berkait dengan latihan.
Selepas diajarkan guru, saya sentiasa alert dengan perkongsian-perkongsian di web seperti writers.co.za atau writersdigest khususnya yang berkaitan teks visual dan show dont tell. Yang ini, saya snapshot dan simpan dalam galeri gambar.

Apabila buntu mencari teks visual, ia antara rujukan yang membantu.

Dari situ, saya berlatih. Terjemahkan ia ke Bahasa Melayu.

Lagi, saya pastikan perkataan yang memberitahu emosi (risau, gembira, marah, dll) dalam manuskrip diolah terlebih dahulu dalam bentuk ayat visual sebelum dihantar kepada editor. Kalaupun ada dalam…

Tip06 : Ambil masa

#TipCerpen101

Soalan: Saya mahu menulis, tetapi selalu ada masalah kekangan masa. Bagaimana mahu atasi?

Cerita pasal masa, setiap kita diberi 24 jam untuk diisi pada setiap hari. Pastinya, setiap hari jadual kita sudah penuh dengan macam-macam agenda dan urusan yang menuntut komitmen paling tinggi.

Tip : Kadang-kadang, ia bukan soal menyediakan masa tetapi mengambil masa.

Ia kata-kata Martin J. Smith. Ya, ambil sedikit masa daripada urusan lain bagi diisi dengan aktiviti menulis. Setiap hari, Martin memulakan hari untuk menulis seawal empat pagi, sebelum mengejut dan menyediakan anak-anak untuk sekolah pada jam enam. Penulis Abdul Latip Talib juga mula mengadap laptop sebelum Subuh.

Bahkan, saya ada membaca perkongsian seorang isteri penulis dan motivator hebat, mengenai tabiat suaminya yang memulakan kerja seawal tiga atau empat pagi.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Jika kita tidak mampu bangun awal pagi, cari masa lain. Sekurang-kurangnya…

Tip05 : Dapatkan mata kedua dan ketiga

TipCerpen101

Perkongsian hari ini, masih mengenai topik menulis jalan cerita yang sampai.

Tip 5: Dapatkan ‘mata’ kedua dan ketiga.

- Ada masanya, kita sendiri yang rasa cerpen yang sudah siap tidak menarik. Boleh jadi, ia berlaku atas faktor rendah diri dan tidak yakin.

- Sebagai cara penyelesaian pantas, dapatkan rakan yang boleh memberi pandangan jujur dan bukan sekadar mengambil hati kita. Minta masa mereka untuk baca karya kita dan beri komen.

- Jika mereka faham, bermakna kita sudah menulis dengan baik.

- Pastikan mata kedua dan ketiga ini boleh dipercayai.

Baik, itu sahaja dulu.
Sampai jumpa lagi.

Selamat menulis!


posted from Bloggeroid