Skip to main content

Posts

SJP | Bukan Fiksyen ke Fiksyen (BFF) 1

Alhamdulillah, ramai yang bertanya saya mengenai topik ini - khususnya selepas Jodoh Berdua diterbitkan pada 2016. Sudah tiga tahun rupanya, pantas sungguh masa berlalu. Oh ya, sebelum itu. SJP maksudnya Soal Jawab Penulisan. Ada cadangan nama yang lebih osem? Kongsikanlah. 
***** Baik, untuk perkongsian pertama, saya bincangkan dahulu soal menentukan konsep karya / buku. Mengapa buku? Sebab kita mahu olah konten buku asal kepada buku yang baru. Ya, walaupun kita menulis cerpen, penting untuk kita set minda awal-awal, hasil akhir yang dimahukan adalah sebuah buku, sekurang-kurangnya. Dari situ, perancangan untuk buku (konten, jumlah halaman, bilangan cerpen, dll) boleh dibuat dengan lebih baik. 

Nampak judulnya? Sengaja saya letak sub tajuk: Membesarkan Kek Pembaca Karya Fiksyen sebab itu adalah tujuan kita mahu memindahkan konten bukan fiksyen ke bentuk cereka. (Ada yang mahu beli?) 
Saya anggap begini, ada pembaca yang tidak mampu dan tidak mahu membaca buku bukan fiksyen kerana kontenny…
Recent posts

SJP | Tidak Suka Karya Sendiri

Soal Jawab Penulisan (SJP)Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita berjumpa lagi di sini. Ya, sudah sangat lama saya tak tambah entri di blog ini. Sudah masanya untuk saya kembali menulis dan berkongsi di sini. Insya-Allah, kali ini saya mahu mulakan satu ruang baharu; Soal Jawab Penulisan di ruang ini. Cadangannya, saya mahu fokuskan kepada beberapa topik iaitu self-criticism, procrastinate, self-edit dan free writing.
Hari ini, saya mulakan dengan topik self-critic. Saya fikir ini situasi yang berlaku kepada banyak penulis dan boleh jadi kritikal apabila gagal dikawal. Ia juga berlaku kepada saya. Maka, saya memilih untuk mulakan semula perkongsian di rahmahmokhtar.com dengan topik ini, supaya dengannya saya boleh kutip semula semangat yang terperca-perca dan cantumkannya dengan keazaman semua sahabat. Biiznillah!
Ada satu persoalan yang sering saya tanya kepada diri sendiri dan ada juga yang tanya kepada saya hal ini. 
Apa yang perlu saya buat jika saya tak suka apa saya sudah/ sedang tu…

Terjemahan | Praktis 1

Hujung 2017, saya sempat mengikuti kelas terjemahan. Namun, saya tak praktis sangat sampai sekarang. Jadi, sebelum ilmu yang ada langsung terbang melayang dari kotak memori, ada baiknya saya bermula sekarang. Bak kata Dr. Rick Hanson, pakar psikologi yang terkenal dengan bukunya yang berjudul Resilient, "Kita tak boleh berbuat apa-apa dengan masa yang sudah berlalu, tetapi kita boleh bermula dan belajar dari sekarang."
Jadi, ini latihan pertama yang saya buat sendiri, dan disemak oleh seorang Professor dari Jabatan Kimia Universiti Malaya.

***** Penyelidik Temukan Cara Mengubah Beg Plastik Menjadi Komponen Bateri

Penyelidik dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat telah mencipta teknik bagi menukar beg plastik terbuang kepada anod cip karbon dalam bateri ion-litium sebagai sumber kuasa telefon pintar dan peranti lain.
Berikutan larangan penggunaan beg plastik diwartakan di seluruh dunia sebagai langkah mengelakkan ia memenuhkan tapak pelupusan dan lautan, para penyelidik Purdu…

Reviu Buku : Chimera Naga Terakhir

Chimera Naga Terakhir Penulis: Hasif Rayyan Penerbit: Aye Chip Enterprise 296 halaman


Judul buku ini jelas, ia adalah karya genre fantasi. Hanya, apabila membacanya saya dapat melihat penulis muda yang juga seorang guru sains ini turut tidak melepaskan peluang menerapkan pengetahuan sains kepada pembaca di dalam penulisannya. Usaha yang baik.
Pada awalnya, saya mengikut siri ini melalui laman Instagram penulisnya. Perkongsian petikan-petikan perenggan di ruang kapsyen gambar cover buku yang dilakukan buat beberapa minggu itu berhasil menarik perhatian saya. Dari situ, saya tidak berfikir panjang apabila Hasif memaklumkan naskhah Chimera Naga Terakhir sedang dicetak.
Kali pertama membelek buku ini, saya terfikir-fikir mengapa nama ilustrator diletakkan di kulit buku. Barangkali, sebagai penghargaan kepada pelukis kulit buku itu sendiri, memandangkan penulis pernah terlibat dalam projek komik. Jangkaan saya meleset apabila melihat terdapat beberapa halaman ilustrasi watak dimuatkan di dalam…

Reviu Buku : BUDAK KAMPUNG CONGO

Buku setebal 224 halaman tulisan Zyed Ahmad Hassan ini baru sahaja terbit. Naskhah terbit sendiri ini kaya dengan cerita pengalaman orang lama. Saya menikmati pelbagai perasaan yang datang sewaktu membacanya. Saya terkejut, ketawa besar, tersenyum, cemas, terjerit, menutup mata, dan menangis sepanjang membacanya.
Melihat judulnya, ada yang menyangka ini himpunan kisah pemuda-pemuda dari Congo, Afrika. Tentu sahaja salah tekaan itu, apatah lagi untuk orang macam saya yang tak pernah tahu Kampung Congo itu adalah tempat yang sama dengan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dikatakan, nama itu diberi kerana ia diteroka sekumpulan askar Melayu yang pernah berkhidmat di Congo. Sebahagian besar kisah dalam buku ini meliputi dua lokasi utama; Kampung Congo dan Kampung Jeram. Sebahagian lokasi lain hanya disentuh selepas Budak Congo ini memasuki sekolah menengah dan alam pekerjaan.
Disusun mengikut kronologi usia watak, saya terhibur membaca kisah-kisah nakal waktu kecilnya. Seronok mengikuti pe…
Alhamdulillah, majalah ini sudah sampai semalam.
Rezeki, cerpen terbit di majalah isu 8, Ogos 2016.

Terima kasih tim Demi Cinta dan Telaga Biru Sdn Bhd yang osem.



Setiap kali ada cerpen terbit, saya baca semula dan bandingkan dengan karya yang dihantar.
Perhatikan beberapa perkara:

1. Perubahan yang dibuat oleh editor. Ini termasuklah,
- Ayat yang dicantas
- Ayat yang ditambah
- Ayat yang diubah susunannya

2. Cari kelemahan yang boleh dibaiki untuk karya akan datang.

Ini antara kelebihan menulis cerpen. Prosesnya jauh lebih pantas dan pendek berbanding novel.
Lebih untung, dapat baca juga perkongsian para guru dan tokoh ilmuwan dalam majalah yang sama. Dari situ, dapat bahan baru untuk ditulis.

Karya ini sudah lama dimulakan. Intipati idea ucapan DS Najib (ingat tak ucapan yang banyak kata pujangga tu?), saya kembangkan. Jadilah cerpen ini.
Jangan susah hati, ini bukan kisah politik. Kisah cinta, untuk sahabat dan keluarga.

Rahmah Mokhtar,
Hati ada cinta.

Mengintai Ruang Berkarya di Majalah (Cerpen)

Dalam dunia penulisan fiksyen, salah satu cara cepat untuk membina nama adalah melalui penerbitan cerpen di akhbar, majalah atau antologi penerbit yang tumbuh semakin banyak.

Secara tidak langsung, menghantar karya supaya terbit di ruang terbitan berkala menjadi platform yang baik membina momentum dan semangat untuk terus berkarya. Sementara menanti manuskrip novel dibukukan, kaedah ini ada masanya dilakukan ramai penulis tempatan. Kita juga tidak mahu menjadi penulis yang berputus asa kerana tidak ada karya yang terbit.

Hari ini, saya mahu berkongsi mengenai penerbitan karya secara eceran di majalah tempatan.
Bagaimana mahu melihat karya terbit di majalah?

Langkah Pertama: Beli majalah Buat pelaburan awal anda dengan membeli majalah yang ada di pasaran. Ciri penulis yang baik, tindakannya dirancang dan bermatlamat.


Sudah ada majalah? Semak tiga perkara.
Satu, maklumat editorial dan ruang kolum majalah. Ada ruang karya pembaca? Jika ada, adakah ia ruang cerpen atau puisi?

Dua, periksa …