Sunday, March 13, 2016

Cerpen di Mingguan Wanita

Semalam saya terima mesej daripada Puan Monalita Mansor. Terima kasih puan.

Katanya, "Assalamualaikum. Cikgu, cerpen cikgu tersiar dalam MW gambar perkahwinan Yatt Hamzah. Tajuknya Toman Pak Mahat."

Jadi, sejak semalam saya singgah ke kedai-kedai yang menjual majalah.
Hampa, majalah yang dicari tak dapat-dapat.

Alhamdulillah, rezekinya tertulis untuk hari ini.
Selepas menyeluruhi rak majalah di tiga kedai, akhirnya saya menemukannya di MPH NU Sentral.

Bahan bacaan, peneman ke Stesen Komuter UKM petang ini.

Buat Puan Netty Ah Hiyer, terima kasih kerana memilih mahu menyiarkan cerpen ini.

#Cerpen101

No comments:

Post a Comment