Tuesday, March 1, 2016

Akan Datang....

Empat tahun lalu, pada tarikh ini (1 Mac) saya berada di Cairo. Berjalan dengan ayah, adik dan keluarga abang sebelum menunaikan umrah.

Di Madinah, terserempak dengan Hafiz Hamidun di kawasan hotel penginapan.

Waktu itu, pandang saja.
Tak tegur pun.
Fikiran memang sungguh-sungguh fokus, fikirkan kesihatan ayah yang asyik batuk.

Lepas tu asyik fikir macam mana nak dapat peluang masuk Raudhah.
Alhamdulillah, Allah izinkan.

Lain-lain, seronok dengan ketenangan bumi Madinah.
Tempat yang saya dan adik langsung tak takut nak keluar berdua, berjalan ke Masjid Nabawi sebelum Subuh. Pergi shopping... eh?

Rupanya, pertemuan yang sekejap itu direzekikan panjang pada 2015.
Alhamdulillah, berkolaborasi dalam Jodoh Berdua.

Soon....

#JodohBerdua
#IniLegasiKita

No comments:

Post a Comment