Posts

Showing posts from March, 2016

Bagaimana Mereka Melakukannya - Bonda Nor

Image
Alhamdulillah, hari ini kita bersama Puan Norli Madlan yang terkenal dengan nama pena Bonda Nor. Terima kasih puan, atas kesudian ditemubual.



1) Pertama sekali, boleh ceritakan latar belakang diri dan karya puan?

Nama penuh saya – Norli binti Madlan, berasal dari Melaka dan setelah berkahwin, mengikut suami menetap di Terengganu. Seorang usahawan dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Sudah terlibat membuka pusat tuisyen, tadika dan pusat membaca lebih kurang 16 tahun.

Pengalaman mengendalikan bengkel membaca ekspres telah menyebabkan saya menulis buku pertama saya iaitu set buku Belajar Membaca Ekspres-I pada tahun 2006. Sebagai pengasas kaedah ini, saya turut menjadi penceramah literasi kepada guru-guru dan ibubapa dalam siri seminar Teknik Mudah Mengajar Membaca.

Penglibatan saya dalam penulisan kreatif pula ialah pada tahun 2013 dengan kemunculan novel Saya Tunggu Awak, diikuti buku motivasi berjudul Pujuklah Hati. Kemudian, terlahir karya seterusnya iaitu novel Sahaja Aku Jat…

Meletakkan Piawai Karya Sendiri

Dua minggu lepas saya berbual dengan seorang rakan penulis. Seperti selalu, beliau rajin mengirim cerpen yang siap ditulis untuk saya baca dan komen dan kutuk. Macam ritual bulanan pun ada. Sengaja saya beritahu, "Saya tak nak komen banyak, hanya... dan ...." Dua hal sahaja dan rakan saya balas, "Saya baca belum cukup lancar di bibir. Masih sangkut-sangkut." Tersenyum. Mengiyakan, "Sebab itu saya tak nak komen banyak. Standard tuan tetapkan pun dah cukup tinggi."
Ya, meletakkan standard untuk setiap karya yang ditulis sebelum hantar kepada editor. Ini salah satu tanggungjawab penulis. Menentukan kedudukan diri sendiri dan tidak hanya membiarkan editor menelan kepahitan, membetulkan setiap kesilapan remeh dalam karya kita. Kawan-kawan, teruskan langkah!

Kali Pertama

Image
Hari ini, saya mahu buka sebuah cerita lama. Pengalaman kali pertama saya mengirim proposal ke sebuah rumah penerbitan. Masa itu, semuanya berlaku dengan sungguh cepat sampai saya tak sempat nak fikir apa-apa. Mula-mula, saya redah sahaja. Entah kuasa dari mana, saya hantar emel kepada penulis kegemaran saya, Bahruddin Bekri. Masa itu, saya lampirkan sahaja coretan pasal watak yang tiba-tiba muncul dalam fikiran. Tahu-tahu, dia kata ini bagus dan sesuai dinovelkan. Dia minta saya siapkan sinopsis. Oh, buat yang tak tahu saya bermula dengan novel. Menggeletar dengan semangat, saya siapkan sinopsis - yang waktu itu saya pun tak pasti macam mana rupanya. (Ini kesilapan pertama saya. Tak cari tahu lebih dahulu.)

Rezeki, Tuan Bahar memang penyabar dan tenang orangnya. Selepas saya kirim sinopsis yang salah, dia ajarkan saya cara menulis sinopsis yang betul. Maka, saya buat sambil belajar melalui emel. (Saya belajar dengan beliau - balas emel dan mesej yang bertanyakan hal penulisan, semam…

Revolusi Design Cover

Image
Sewaktu mula-mula merancang manuskrip panduan menulis cerpen, hal cover langsung tak termasuk dalam percaturan dan perancangan saya.
Walhal, kalau diikutkan ia hal penting.
Lebih-lebih lagi, situasi menilai isi melalui cover memang berlaku.

Dah siap tulis, maka menggagaulah saya memikirkan hal yang satu ini.
Conteng ikut suka, pilih ikut sedap mata.

Sehinggalah rakan dari Blink memberi cadangan, "Tanya Tuan Izwan Robotys."
Maka, sebagai orang yang suka belajar saya pun campakkan malu jauh dari capaian sendiri dan bertanya dengan penuh kesopanan.

Seperti guru yang lain, beliau tidak lokek ilmu.
Dengan selamba, beliau kongsikan ilmu mahalnya dan beri cadangan kepada saya.
Siap lukis sampel.
Hebat, kan?

Menurut beliau, cover buku non fiksyen ada beberapa elemen mengikut prioriti:
1) Headline
2) Details
3) Proof

Tetapi, akhir-akhir ini saya semakin bertuah apabila Tuan Mohd Ariffuddin yang selalu saya gelarkan sebagai bff (guru saya kata, beliau partner-in-crime saya. Tak lah …

Bagaimana Mereka Melakukannya - Mazura Stapah

Image
Bismillah.

Insya-Allah, minggu ini kita bersama Puan Mazura Stapah, penulis yang terkenal dengan jemana Cuti-Cuti Halal.
Assalamualaikum wbt Puan Mazura. Terima kasih kerana sudi ditemubual.
1. Pertama sekali, boleh ceritakan latar belakang diri puan? Waalaikumsalam wbt. Nama saya Mazura binti Stapah@Salleh. Berusia 41 tahun. Dilahirkan di Negeri Sembilan. Dibesarkan di beberapa negeri iaitu Pahang, Johor dan Negeri Sembilan kerana mengikut bapa berpindah tempat bertugas.  Mendapat pendidikan peringkat tinggi di Universiti Putra Malaysia di dalam bidang Sains Perhutanan dan Pengurusan Taman dan Rekreasi. Pada masa ini bertugas di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau. 
2. Soalan kedua, apa pendorong utama puan menulis dan mengapa memilih genre non fiksyen dalam bidang pelancongan? Pendorong utama menulis adalah untuk berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman yang ada. Sesuai dengan pertambahan usia, tiba masanya untuk menyumbang kembali ilmu pengetahuan dan perkong…

7 Taktik Menjadi Orang Baru Setiap Hari

Image
Alhamdulillah.

Artikel baru.

Resolusi.

7 Taktik Menjadi Orang Baru Setiap Hari.

Moga bermanfaat.

Baca di sini:
http://tazkirah.net/resolusi-jadi-orang-baru-setiap-hari/

Bagaimana Mereka Melakukannya - Salleh Kausari

Image
Bismillah.
Assalamualaikum wbt Tuan Salleh. Terima kasih kerana sudi ditemubual.
1. Pertama sekali, boleh ceritakan latar belakang diri dan karya tuan? Saya fokus pada bidang penulisan saja ya. Saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus penulisan secara formal, kecuali sebuah kelas online yang dianjurkan oleh Puan Maria Kajiwa suatu masa dulu. Beliau terkenal dengan novel seperti Lengloi, Puja dan Janji Julia.
Kelas asas itu saya sertakan bersama pembacaan banyak ebook dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk mendalami tentang teknik penulisan kreatif. Pengembaraan saya dalam bidang penulisan bermula dengan menulis artikel di laman blog Kausar Kreatif setelah mempelajari tentang teknik pemasaran online. Kemudian laman blog Pena VR (skausari.blogspot.com) jadi medan saya bereksperimen dengan pelbagai genre penulisan – puisi, cerpen dan novel. Juga pelbagai genre penulisan kreatif – cinta, thriller, seram, satira, komedi, masyarakat dan lain-lain.
Setelah itu saya mula menyertai pelbaga…

What If Games - Alat Inovasi Untuk Karya Fiksyen

Image
Permainan 'What If' adalah alat ringkas bagi merangsang proses kreatif. Kata penulis novel humor kanak-kanak (The Annoying Ghost Kid), Robert Evans Wilson Jr, ia cara yang hebat bagi mendapatkan idea untuk buku, novel mahupun filem. Bukan itu sahaja, ini juga antara alat penting para pemain industri pengiklanan, seperti yang diajarkan oleh Jack Froster dalam bukunya How To Get Ideas.

Siri soalan 'what if' adalah cara yang selalu dilakukan dalam proses mengenal avatar dan demografi watak. Teknik ini boleh dilakukan sendirian mahupun dalam kumpulan.

Dalam penulisan karya saifai, ini soalan yang tidak boleh tidak mesti ditanya. Dalam perkongsian di laman penasaifai.com, ada dikongsikan perkara ini dan saya amat suka membacanya.

Jadi, bagaimana kita boleh melakukan eksperimen minda ini dan mantapkan rangka karya?

1. Sediakan logline (idea asas). Saya mahu tulis cerita apa? Pasal siapa?

2. Terus mulakan soalan 'what if'.Individu Cari port lepak best dan bayangkan s…

Cerpen di Mingguan Wanita

Image
Semalam saya terima mesej daripada Puan Monalita Mansor. Terima kasih puan.

Katanya, "Assalamualaikum. Cikgu, cerpen cikgu tersiar dalam MW gambar perkahwinan Yatt Hamzah. Tajuknya Toman Pak Mahat."

Jadi, sejak semalam saya singgah ke kedai-kedai yang menjual majalah.
Hampa, majalah yang dicari tak dapat-dapat.

Alhamdulillah, rezekinya tertulis untuk hari ini.
Selepas menyeluruhi rak majalah di tiga kedai, akhirnya saya menemukannya di MPH NU Sentral.

Bahan bacaan, peneman ke Stesen Komuter UKM petang ini.

Buat Puan Netty Ah Hiyer, terima kasih kerana memilih mahu menyiarkan cerpen ini.

#Cerpen101

Bagaimana Mereka Melakukannya - Web Sutera

Image
Bismillah, Insya-Allah untuk sesi temu bual kali ini, kita bersama Tuan Web Sutera, penulis novel fiksyen sejarah yang sudah mempunyai 14 buah buku yang diterbitkan. Beliau juga rakan penulis dalam buku Kapsul Nurani terbitan Metromedia Solutions.

1. Pertama sekali, boleh ceritakan latar belakang diri tuan? Web Sutera atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang pernah menjadi Editor bagi subjek matematik di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding. Semasa bekerja di JARING saya melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, associate editor dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama saya banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan – Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Dewan Agama dan Falsafa…