Wednesday, February 17, 2016

ShowDontTell101

#ShowDontTell101

Riuh. Meriah. Di sana sini, ahli keluarga berkumpul, meraikan anak masing-masing yang terpilih memasuki universiti, selepas bergigih dalam Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Tempat menunggu di lereng bukit penuh dengan manusia berwajah gembira. Tidak cukup dengan hadir, si ayah sibuk merakam momen itu. Butang kamera tidak berhenti ditekan, beralih dari satu ke satu wajah.

Tetapi, tidak bagi Fazlan. Dia berdiri tegak, mengusung dua beg berat dan besar sendirian. Mendaki bukit nan tinggi dengan peluh yang mengalir laju. Sesekali, dia berhenti di tepi. Berehat dan menyeka dahi.

"Awak...."

Fazlan tersentak. Hampir sahaja beg terlepas dari tangan.

"Datang seorang?"

Bagai malaikat membawa perintah menyejukkan bumi, suara lembut merdu itu menyapa. Dekat dan mendadak, sehingga Fazlan ternganga beberapa detik.

*****
Teks ini ditulis dengan teknik show don't tell.
Bagai fungsi kamera, 'lakonan' babak ditulis satu per satu secara jelas tetapi menjimatkan perkataan.

Sesuai dengan cerpen - setiap perkataan berperanan dan tidak dibazirkan. Jimat teks.

Klik dan tahu lebih lagi di bit.ly/cerpencoaching

Sumber gambar: Google

No comments:

Post a Comment