Tuesday, February 23, 2016

Lima situasi idea dan cara mendepaninya


Apabila melibatkan idea, ada beberapa kemungkinan boleh berlaku.
Pertama, idea kita tersadai. Hanya sebaris ayat dan kemudian ia terhenti.

Kedua, idea meluncur laju macam kereta yang dibawa pada kelajuan 100km/j dan tak ada brek.

Ketiga, idea tersangkut-sangkut macam kereta yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Keempat, idea langsung tak muncul! Kita tengok kanan, kosong. Jeling kiri, kelabu. Toleh sana sini, masih blur. Macam kereta yang langsung bateri flat.

Kelima, idea laju tapi sampai separuh jalan ia terputus-putus dan berhenti. Macam kereta yang habis minyak, di laluan yang jauh daripada orang ramai dan stesen minyak paling dekat, lagi 20 kilometer.

Apa yang boleh kita buat?

1. Situasi pertama, idea hanya sebaris ayat dan berhenti.
Apa yang boleh dibuat, kita cari seorang rakan berbual - suami, mak, adik, kakak atau kawan baik. Main permainan 'what if'.
Ya, 'bagaimana jika'. Tanya soalan ini dalam perbualan rileks dan lihat ke mana idea kita pergi. Boleh jadi, ia akan menjana idea bagus dan mungkin juga tidak.
Tapi, tak salah mencuba, kan?

2. Kes kedua, idea terlalu laju! Ini situasi 'heaven' bagi penulis tetapi jika tak dikawal kita akan sampai pada situasi luar kawalan. Tak boleh dikawal sehingga tak terkejar!
Apa yang boleh dibuat, ambil perakam dan rakam. Guna smartfon pun boleh. Cari apps voice recorder di Google Play dan muat turun.

3. Ketiga, idea semput. Ini, lebih baik ada daripada tiada. Bertenang, tarik nafas dan minum segelas air. Kemudian, teruskan fokus. Bagi yang Islam, kita beristighfar dan berselawat. Tetapkan sasaran untuk hari itu dan capai.

4. Keempat, idea merajuk. Fuh, memang menangis! Adatlah, yang merajuk perlu dipujuk. Kereta meragam pun, kita belai dan cakap baik-baik supaya ia bertahan sehingga poket cukup 'basah' untuk bawa ke bengkel.
Pujuk dan rujuk semula idea dengan melakukan hal-hal yang menuntut pergerakan fizikal. Ingat ayat, 'badan sihat otak cerdas'? Contohnya, bersenam, main bola, cuci tandas, kemas rumah, kemas bilik, main kejar-kejar dengan anak, macam-macam lagilah.

5. Kelima, idea laju sebelum ia brek mengejut dan tak boleh start semula. Okey, seka peluh di dahi dulu. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan. Dah rileks, baca semula rangka karya yang kita dah buat. Lihat semula tulisan kita dan refleks terus kepada matlamat hero. Jika tak berkesan juga, bersedia untuk permainan 'what if'!

Baca: Teknik Menulis Cerpen: Langkah Demi Langkah Menulis Cerpen Sehingga Diterbitkan

Baca juga: 7 Langkah Menulis Cerpen Dalam Masa 7 Hari

No comments:

Post a Comment