Tuesday, February 16, 2016

Show Don't Tell

#ShowDontTell101 

Bismillah. 
Semalam saya berguru teknik show don't tell dengan sifu saya, Cikpuan Azzah Abdul Rahman. 

Ada EMPAT ciri teks show don't tell: 
1. Teks deskriptif
- Teks (naratif) bersifat menjelaskan suasana, keadaan atau perlakuan watak.

Contoh: Seorang wanita duduk diam di sebuah kedai mamak di tepi jalan yang sibuk, di tengah-tengah kota Seremban. Wajahnya serius tanpa segaris senyuman pun terukir sejak dia tiba di situ. 

2. Tidak omnipoten 
- Penulis tidak memandai-mandai memberitahu atau mengajar-ajar pembaca mengenai emosi watak. 

Contoh: Ain menggeleng laju tanda tidak bersetuju dengan Adam. (Tanda tidak bersetuju - OMNIPOTEN) 

Ayat show don't tell: 
(1) Ain menggeleng laju. Telapak tangannya ditegakkan di hadapan wajah Adam. 

(2) Ain diam. Dia memandang Adam lama-lama. Ketika Adam tersenyum, dia bangun lalu menepuk meja, "Saya tak setuju! Kenapa kita kena ikut jalan yang susah!" 
Adam terkebil-kebil. Senyuman gaya pemenangnya terpadam. 

3. Ayat pendek-pendek 
- Ayat yang pendek lebih mudah menimbulkan kesan drama. Ayat panjang akan cenderung berbunyi membebel. 

Contoh: Fahrin memandang Ahmad. Berkali-kali, dia hanya menggeleng dan mengalih pandang. 

4. The author is DEAD 
- Dalam teks show don't tell, penulis 'dimatikan' pada bahagian yang melibatkan perasaan watak. Iaitu penulis tidak boleh mewakili watak dalam menyampaikan perasaan mereka.

Contoh: Sebenarnya, Fahrin mahu memberitahu Ahmad apa yang berlaku, tetapi lidahnya terkelu. 

Sebenarnya - The Author is ALIVE (A BIG NO) 

Mahu tahu lebih banyak, klik http://bit.ly/cerpencoaching 

Nota: Mohon maklum, saya tidak available untuk sesi offline pada 7-19 Mac 2016. Jika mahu request sesi di Muar pada waktu ini, insya-Allah saya boleh.

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Post a Comment