Wednesday, February 3, 2016

Berhijrah

Akhir-akhir ini, perkataan ini sering ada dalam fikiran. Kalaupun tidak total, saya mahu hijrahkan sikap saya. Mahu lebih optimis dan bersemangat walaupun ada masanya tak sengaja lembap. 

Buktinya, pagi tadi dah tersalah rosakkan cerek di rumah abang. Mujur ia masih berfungsi walaupun cacat. Rasa bersalah! Mujur abang penyayang. Kalau abang garang.... 

Sekarang, saya dalam perjalanan ke luar negeri Selangor. Sejak bertolak saya asyik fikirkan hal hijrah. Membaca satu halaman Mandala Anak Merdeka, semakin saya memikirkan isu itu.

Sampailah di stesen Nilai, koc merah jambu ini kecoh sejenak apabila seekor kucing memasukinya tanpa sengaja. Selepas itu, ia tidak tentu arah, mengiau dengan kuat sehinggalah ditenangkan seorang gadis baik yang berbelas kasihan dan mencintai haiwan. 

Di Stesen Labu, dia turunkan kucing itu. Dua penumpang di sebelah seat saya berulang kali menyebut, "Kucing tu berhijrah!" 

Saya terdiam. Memandang tanpa berkata apa-apa. 

Langsung terkenang bicara sahabat dalam pertemuan semalam yang diolah daripada kata sasterawan negara, "Aku diajar terbang bagai burung, aku diajar cara ikan berenang di laut, tetapi untuk hidup, aku tidak tahu." 

Benar. Kita tidak pernah tahu apa yang menanti di hadapan. Yang menggerakkan, hanya hati nekad yang percaya pada Tuhan. Insya-Allah. 
----- 

Dalam buku Aku Terima Cintanya, saya ada juga sentuh isu hijrah dalam cerpen Kapten. Dapatkannya di: bit.ly/atcinta

#ThisIsLife #
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Post a Comment