Wednesday, February 3, 2016

Cetakan Kedua

"Apa syarat pertandingan?"

Ini soalan pertama mentor saya apabila saya bertanya mengenai penulisan cerpen untuk sayembara.

Sambungnya lagi, "Biasanya dalam sayembara, ada 2. Jenis yang perlu kita ikut ataupun sayembara letak syarat yang jangan dilanggar."

Berdasarkan pesanan ini, saya menyemak peraturan pertandingan berkali-kali, menghadam setiap syarat yang tertulis.

Kali ketiga saya membaca iaitu sehari sebelum tarikh akhir menghantar karya, fikiran saya jelas dengan ayat, "Dakwah untuk golongan mualaf."

Maka, saya terus berpegang kepada satu hal. Ia cerita yang tidak perlu isu terlalu berat, dan sesuai untuk difahami oleh orang yang baru mengenal Islam.

Petang itu, saya meminta kepada Tuhan supaya diilhamkan sesuatu untuk dituliskan. Buka televisyen, saya pilih rancangan dakwah dan Alhamdulillah ada cerita yang diilhamkan melalui rancangan satu jam itu.

Subhanallah! Terus, saya menaip dan pada malamnya saya edit dan garap bahasa.

Alhamdulillah. Saya dapat tempat ketiga dalam pertandingan anjuran Yadim ini. Mari doakan semoga ia dianjurkan lagi pada tahun ini.

Buku Biru Langit Itu yang memuatkan karya 25 pemenang pertandingan ini sudah diulang cetak buat kali kedua, dengan kaver baru. Alhamdulillah.



by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Post a Comment