Monday, February 29, 2016

Bagaimana Mereka Melakukannya - Riduan Judin

Bismillah.
Insya-Allah, saya akan mulakan ruangan ‘Bagaimana Mereka Melakukannya?’ di laman ini. Artikel baru akan dimasukkan setiap Selasa.

Sebagai pembukaan, hari ini kita bersama Tuan Riduan Judin, seorang penulis muda yang berbakat besar.

Riduan Judin - penulis Alaf21

1. Terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan beliau.

Riduan Judin - dilahirkan pada 10 september 1992 di Pitas, Sabah. Anak ke-4 daripada 6 adik-beradik. Bersekolah di sekolah harian dan melanjutkan pengajian di Maktab / IPG. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari IPG Kampus Bahasa Melayu,Kuala Lumpur. Mula berjinak dalam dunia penulisan pada tahun 2012 dalam bidang puisi dan cerpen. Namun mengubah genre kepada novel pada tahun 2013, seterusnya menerbitkan novel pertama (Petaka Nyawa) bersama Alaf 21.


2. Apa pendorong utama tuan menulis?

Pendorong utama saya dalam penulisan ialah yang pertama keluarga, diikuti minat yang mendalam dalam.bidang penulisan dan genre thriller.


3. Bagaimana tuan boleh bermula sebagai penulis genre thriller? Apa langkah pertama yang tuan ambil untuk menjadi seorang penulis kisah thriller?

Baik, sebenarnya minat itu timbul hasil daripada pembacaan novel-novel genre thriller sebelum ni. Lagi pula, saya mengambil kursus penulisan semasa belajar. 

Langkah pertama yang saya ambil adalah mendekati penulis-penulis thriller dan belajar teknik penulisan novel thriller. Kemudian saya cari idea, tulis dan tulis lagi sampai manuskrip siap. Selepas itu saya hubungi rumah penerbitan yang diminati (Alaf21).


4. Wow, tuan memang ikut flow yang cantik! Menulis dalam keadaan tahu. Seterusnya, apa cabaran yang paling besar semasa menghasilkan manuskrip pertama?

Cabaran? Sudah tentu tiada pengalaman dalam menghasilkan novel. Proses penghasilan manuskrip pertama mengambil masa setahun lebih (hampir dua tahun). Semangat pun agak 'down' pada masa-masa tertentu.


5. Dua tahun. Subhnallah, pelaburan masa yang berbaloi apabila melihat hasilnya. Masa down tu, apa yang tuan fikir sampai mahu teruskan juga tulis sampai siap?

Alhamdulillah... berbaloi.
Biasanya bila kekeringan idea... writer’s block! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Minat tidak boleh dihentikan.


6. Ya, jalan terus! Masa idea kering tu apa yang tuan buat untuk segarkan balik plot cerita?

Saya cari idea dengan membaca buku dan tonton filem thriller. Lepas tu, saya baca beberapa bab yang sudah ditulis, sebelum scene yang tersangkut itu. Insya-Allah dan Alhamdulillah, kaedah ini berhasil untuk dapat idea.

7. Memang lelaki thriller. Kagum saya. Sebut pasal buku, buku thriller mana yang paling dekat di hati tuan? Yang tuan pernah baca berkali-kali sebab suka.
Terima kasih....
Hatiku Di Harajuku – Ramlee Awang Murshid, Secret Windows - Stephen King



8. Okey, seterusnya. Bagaimana tuan strukturkan rangka kerja penulisan manuskrip? Adakah tuan guna proses yang sama untuk Petaka Nyawa, Jembalang dan Penjara Mati?
Tidak sama. Rangka kerja Jembalang dan Penjara Mati lebih teratur sebab sudah ada pengalaman dan penambahbaikan daripada penghasilan novel Petaka Nyawa1.


9. Jika tak keberatan, boleh ceritakan prosesnya sikit? Bagaimana tuan cipta watak dan jalan ceritanya, secara ringkas?

Biasanya saya cipta watak berdasarkan keperluan cerita. Contohnya watak seorang pembunuh. Saya akan menonton filem yang ada aksi bunuh atau mencari bagaimana psikologi seorang pembunuh di internet.

Jalan cerita, saya lebih suka kaedah lompat. Maksudnya cerita tak ikut kronologi plot dari A-Z secara tersusun.


10. Sepanjang pengalaman tuan sebagai penulis, apa perkara yang paling kritikal dan paling tuan pentingkan dalam berkarya dan mengapa?

Kekuatan tema dan jalan cerita. Itu yang paling penting. Pengolahan cerita perlu mantap dan tidak meleret.


11. Apa projek tuan yang akan datang? Mohon kongsi sedikit, untuk makluman para pembaca.
Projek akan datang? Sebenarnya editor Alaf ada minta saya menulis untuk satu projek novel thriller. Cuma masih belum diputuskan. Sekarang saya baru siapkan sekuel Petaka Nyawa (Waris Sang Petaka-tajuk sementara). Insya-Allah sekarang tengah tulis novel terbaharu lagi.

Sama-sama kita tunggu kemunculan Waris Sang Petaka, bagi menyertai tiga karya penulis yang lain. All the best!
Karya Riduan Judin di Alaf21

12. Akhir sekali, di mana para pembaca boleh ikuti perkembangan tuan?

Boleh ikuti saya di:
Laman Facebook : Riduan Judin
Instagram : Riduan_Judin





Sunday, February 28, 2016

Sinopsis

1. Sinopsis untuk dihantar kepada penerbit berbeza dengan sinopsis belakang kulit buku (ia dipanggil blurb).

2. Sinopsis keseluruhan. 
- Untuk editor, penulis perlu hantar sinopsis keseluruhan seringkas SATU hingga DUA halaman yang jelas perjalanan dan perkembangan cerita dari awal hingga akhir. Ia ditulis sebelum rangka karya terperinci dibuat.
- Tidak perlu ayat, "Berjayakah Faizal menemukan permata yang hilang itu?" Editor tiada masa mahu meneka-neka.

3. Sinopsis bab demi bab. 
- Ini sinopsis secara detail mengikut bab bagi memudahkan proses menulis cerita penuh nanti. Sinopsis ini ditulis selepas rangka karya siap.

4. Sinopsis belakang kulit buku (blurb) 
- Sinopsis ini ditulis selepas cerita siap dikarang. Dalam sinopsis ini, penulis menyentuh titik emosi pembaca supaya mereka tertanya-tanya dan mahu membaca buku itu.
- Ada masanya, editor mengupah penulis lain yang mahir bagi menulis blurb.

Dalam penulisan cerpen, sinopsis keseluruhan ini juga boleh ditulis dan dilampirkan dalam isi emel, untuk bacaan awal editor.

Nak tahu cara sistematik menulis cerpen? Dapatkan caranya dengan klik gambar berikut:

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Thursday, February 25, 2016

Hadiah

Alhamdulillah. Adik kata buku-buku ini sampai petang tadi. Terima kasih banyak, Kanda Aminah Binti Mokhtar atas kesudian mengirim naskhah berharga ini untuk bacaan dan rujukan saya. 
Salam sastera.


by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Tuesday, February 23, 2016

Lima situasi idea dan cara mendepaninya


Apabila melibatkan idea, ada beberapa kemungkinan boleh berlaku.
Pertama, idea kita tersadai. Hanya sebaris ayat dan kemudian ia terhenti.

Kedua, idea meluncur laju macam kereta yang dibawa pada kelajuan 100km/j dan tak ada brek.

Ketiga, idea tersangkut-sangkut macam kereta yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Keempat, idea langsung tak muncul! Kita tengok kanan, kosong. Jeling kiri, kelabu. Toleh sana sini, masih blur. Macam kereta yang langsung bateri flat.

Kelima, idea laju tapi sampai separuh jalan ia terputus-putus dan berhenti. Macam kereta yang habis minyak, di laluan yang jauh daripada orang ramai dan stesen minyak paling dekat, lagi 20 kilometer.

Apa yang boleh kita buat?

1. Situasi pertama, idea hanya sebaris ayat dan berhenti.
Apa yang boleh dibuat, kita cari seorang rakan berbual - suami, mak, adik, kakak atau kawan baik. Main permainan 'what if'.
Ya, 'bagaimana jika'. Tanya soalan ini dalam perbualan rileks dan lihat ke mana idea kita pergi. Boleh jadi, ia akan menjana idea bagus dan mungkin juga tidak.
Tapi, tak salah mencuba, kan?

2. Kes kedua, idea terlalu laju! Ini situasi 'heaven' bagi penulis tetapi jika tak dikawal kita akan sampai pada situasi luar kawalan. Tak boleh dikawal sehingga tak terkejar!
Apa yang boleh dibuat, ambil perakam dan rakam. Guna smartfon pun boleh. Cari apps voice recorder di Google Play dan muat turun.

3. Ketiga, idea semput. Ini, lebih baik ada daripada tiada. Bertenang, tarik nafas dan minum segelas air. Kemudian, teruskan fokus. Bagi yang Islam, kita beristighfar dan berselawat. Tetapkan sasaran untuk hari itu dan capai.

4. Keempat, idea merajuk. Fuh, memang menangis! Adatlah, yang merajuk perlu dipujuk. Kereta meragam pun, kita belai dan cakap baik-baik supaya ia bertahan sehingga poket cukup 'basah' untuk bawa ke bengkel.
Pujuk dan rujuk semula idea dengan melakukan hal-hal yang menuntut pergerakan fizikal. Ingat ayat, 'badan sihat otak cerdas'? Contohnya, bersenam, main bola, cuci tandas, kemas rumah, kemas bilik, main kejar-kejar dengan anak, macam-macam lagilah.

5. Kelima, idea laju sebelum ia brek mengejut dan tak boleh start semula. Okey, seka peluh di dahi dulu. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan. Dah rileks, baca semula rangka karya yang kita dah buat. Lihat semula tulisan kita dan refleks terus kepada matlamat hero. Jika tak berkesan juga, bersedia untuk permainan 'what if'!

Baca: Teknik Menulis Cerpen: Langkah Demi Langkah Menulis Cerpen Sehingga Diterbitkan

Baca juga: 7 Langkah Menulis Cerpen Dalam Masa 7 Hari

Monday, February 22, 2016

7 Langkah Menulis Cerpen Dalam Masa 7 Hari

#TulisCerpen101

Bismillah.

Alhamdulillah, urusan dengan ebook ini selesai.

7 langkah, untuk 7 hari.


Ketahui 7 Langkah Sistematik Menulis Cerpen:
- Rangka Asas Cerpen
- Rangka Cerita
- Sinopsis
- Story Arc
- Tulis Cerpen
- Suntingan Kuasa Tiga
- Hantar Manuskrip


Mengapa 7 hari?

- Sebab kita perlu waktu untuk membuat kajian bagi menyiapkan bahan untuk dicerpenkan.
- Supaya proses menulis cerpen tidak dibuat secara tergesa-gesa.
- Supaya cerpen yang dihasilkan tidak sekadar hasil syok sendiri.

Bagaimana mahu memilikinya?

Hanya perlu isi TIGA perkara: nama, no telefon dan emel di https://www.billplz.com/form/7langkah7hari

Testimoni pembaca:


Thursday, February 18, 2016

Damai

"Hidup ini tidak pernah tentang mengalahkan siapa pun. Hidup ini hanya tentang kedamaian di hatimu. Saat kau mampu berdamai, maka saat itulah kau telah memenangkan seluruh pertempuran." 
*Tere Liye, novel PULANG
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Wednesday, February 17, 2016

ShowDontTell101

#ShowDontTell101

Riuh. Meriah. Di sana sini, ahli keluarga berkumpul, meraikan anak masing-masing yang terpilih memasuki universiti, selepas bergigih dalam Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Tempat menunggu di lereng bukit penuh dengan manusia berwajah gembira. Tidak cukup dengan hadir, si ayah sibuk merakam momen itu. Butang kamera tidak berhenti ditekan, beralih dari satu ke satu wajah.

Tetapi, tidak bagi Fazlan. Dia berdiri tegak, mengusung dua beg berat dan besar sendirian. Mendaki bukit nan tinggi dengan peluh yang mengalir laju. Sesekali, dia berhenti di tepi. Berehat dan menyeka dahi.

"Awak...."

Fazlan tersentak. Hampir sahaja beg terlepas dari tangan.

"Datang seorang?"

Bagai malaikat membawa perintah menyejukkan bumi, suara lembut merdu itu menyapa. Dekat dan mendadak, sehingga Fazlan ternganga beberapa detik.

*****
Teks ini ditulis dengan teknik show don't tell.
Bagai fungsi kamera, 'lakonan' babak ditulis satu per satu secara jelas tetapi menjimatkan perkataan.

Sesuai dengan cerpen - setiap perkataan berperanan dan tidak dibazirkan. Jimat teks.

Klik dan tahu lebih lagi di bit.ly/cerpencoaching

Sumber gambar: Google

Tuesday, February 16, 2016

Show Don't Tell

#ShowDontTell101 

Bismillah. 
Semalam saya berguru teknik show don't tell dengan sifu saya, Cikpuan Azzah Abdul Rahman. 

Ada EMPAT ciri teks show don't tell: 
1. Teks deskriptif
- Teks (naratif) bersifat menjelaskan suasana, keadaan atau perlakuan watak.

Contoh: Seorang wanita duduk diam di sebuah kedai mamak di tepi jalan yang sibuk, di tengah-tengah kota Seremban. Wajahnya serius tanpa segaris senyuman pun terukir sejak dia tiba di situ. 

2. Tidak omnipoten 
- Penulis tidak memandai-mandai memberitahu atau mengajar-ajar pembaca mengenai emosi watak. 

Contoh: Ain menggeleng laju tanda tidak bersetuju dengan Adam. (Tanda tidak bersetuju - OMNIPOTEN) 

Ayat show don't tell: 
(1) Ain menggeleng laju. Telapak tangannya ditegakkan di hadapan wajah Adam. 

(2) Ain diam. Dia memandang Adam lama-lama. Ketika Adam tersenyum, dia bangun lalu menepuk meja, "Saya tak setuju! Kenapa kita kena ikut jalan yang susah!" 
Adam terkebil-kebil. Senyuman gaya pemenangnya terpadam. 

3. Ayat pendek-pendek 
- Ayat yang pendek lebih mudah menimbulkan kesan drama. Ayat panjang akan cenderung berbunyi membebel. 

Contoh: Fahrin memandang Ahmad. Berkali-kali, dia hanya menggeleng dan mengalih pandang. 

4. The author is DEAD 
- Dalam teks show don't tell, penulis 'dimatikan' pada bahagian yang melibatkan perasaan watak. Iaitu penulis tidak boleh mewakili watak dalam menyampaikan perasaan mereka.

Contoh: Sebenarnya, Fahrin mahu memberitahu Ahmad apa yang berlaku, tetapi lidahnya terkelu. 

Sebenarnya - The Author is ALIVE (A BIG NO) 

Mahu tahu lebih banyak, klik http://bit.ly/cerpencoaching 

Nota: Mohon maklum, saya tidak available untuk sesi offline pada 7-19 Mac 2016. Jika mahu request sesi di Muar pada waktu ini, insya-Allah saya boleh.

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Monday, February 15, 2016

Tukar buku




Terima kasih untuk semua yang sudi bertukar / hadiahkan buku. Buat para penaja yang sudi hadiahkan majalah dan buku nota superb yang menjadi rebutan ramai ini, terima kasih diucapkan. Ada mug dan tabung Little Froggie juga, terima kasih banyak. Insya-Allah, ia akan jadi tabung travel saya. 

Menggalas tanggungjawab baru, membaca semuanya sehingga habis. Kemudian, mengambil manfaatnya dan sebarkan. 

Sebarkan kebaikan, sampaikan kebenaran, walaupun satu ayat. #perkampunganpenulis2016

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Sunday, February 14, 2016

Info PBAKL2016

Info #PBAKL2016

Bantu kami SHARE info penting ini!

Info 2: Kalau dulu ada stesen LRT ke PWTC, untuk ke MAEPS pula, kami sediakan PERKHIDMATAN BAS ULANG ALIK di Komuter Serdang, LRT Bukit Jalil & Putrajaya Sentral. Siap hantar sampai depan pintu dewan lagi! Kekerapan bas pula, jangan risau. Kami akan sediakan bas yang secukupnya untuk kemudahan para pengunjung. - jadual bas kami akan update kemudian di website http://kualalumpurbookfair.my/
.................................................................
Note: PBAKL 2016 akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada Jumaat, 29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016. Selama 11 hari. Isnin - Khamis (10 pagi - 7 mlm) | Jumat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 mlm)


by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Tampar laju-laju

"Semua orang bertanya bagaimana mahu jual 1000 buku, tetapi tiada siapa yang tanya bagaimana nak jual sebuah buku." 

Ini kata-kata yang sempat saya serap semasa #perkampunganpenulis2016 semalam, dalam forum Berbisnes Dengan Perkataan. 

Terus refleks kata-kata yang sering diulang para coach bisnes, Abang Izwan Robotys dan Aqif Azizan. 

"Cipta Avatar pelanggan dan buat skrip jualan untuk dia sahaja." - saya olah ayat ini ikut kefahaman saya. 

Kau tahu macam mana rasa kena tampar berkali-kali dan laju-laju?
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

7 Perkara Yang Perlu Dibuat Apabila Menerima Tawaran Menulis

#Cerpen101 

Tip untuk minggu ini. 

Menerima tawaran menulis? 
Sudah pasti, keterujaan kita melambung tinggi. 
Tetapi, kawal diri dan lakukan dahulu tujuh perkara ini.








 



by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Penulis dan Storyah

Sebenarnya, sepanjang event #perkampunganpenulis2016 tadi saya tinggalkan sahaja tablet di mana-mana. 

Kata rakan, perangai orang kaya. 

Sekarang, sedang semak whatsapp satu per satu. Alhamdulillah, ada tempahan borong untuk Storyah sedang diuruskan. 

Mahu tempah kerongsang juga? Search sahaja FB StorYah atau IG @kerongsangcun. 

Mahu terus cari gambar cantik menarik tertarik da bomb, terus klik storyah.blogspot.com 

Puan Bonda Nor, Puan Farizah Shamsudin, terima kasih bergaya dengan kerongsang kami hari ini. 


Ada lagi nama yang saya tertinggal?
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Perkampungan Penulis 2016

Alhamdulillah. 
Selesai #perkampunganpenulis2016 

Terima kasih kepada semua. Mohon maaf atas kekurangan. Semoga setiap yang hadir mendapat manfaat. 

Rezeki, ada beberapa projek dirancang dengan rakan-rakan. 

Kepada yang sudah memberi emel untuk ebook 7 Langkah Menulis Cerpen Dalam Masa 7 Hari, mohon bersabar sedikit masa lagi. Insya-Allah saya akan hubungi secepatnya. 

Nota: Sedang lepak minum di kedai kopi mamak dengan #abangpenyayang.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Friday, February 12, 2016

#AbangGarangKacak

"Kau tahu bila aku rasa seronok?" 

"Bila?" 

"Bila aku berjaya borak dengan abang garang. Lepas tu cerita macam-macam sambil senyum dan ketawa." 

*** 
Aku senyum lebih lebar. Tersenyum terus. Rasa nak flip hair bila tengok dia sengih. 

#ThisIsLife #AbangGarangKacak
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Thursday, February 11, 2016

#PerkampunganPenulis2016

Menjelang #perkampunganpenulis2016. 

Sudah dua malam hampir tak boleh tidur. 
Sudah dua malam mata bertahan sehingga empat, lima pagi. 

Menghitung hari. Berkejar-kejar. 
Fikir bermacam-macam perkara. 

Semoga semuanya akan berjalan lancar. Amin.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Saturday, February 6, 2016

Masalah....

Sejak saya jumpa awak, saya ada masalah serius! 
Makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah! 

Mudah sahaja ubatnya. 

Jika makanmu tidak kenyang, berpuasalah. Itu lebih baik.
Jika tidurmu tak lena, bangunlah dan berqiamullail. 
Mandi tak basah? Berwuduk setiap waktu dan solat. Bukankah ia seperti kamu mandi lima kali sehari? 

....


by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Bukan Drama Sampah

Dari wall salah seorang penulis skripnya, mengenai drama Cinta Teruna Kimchi. 

DRAMA SAMPAH? 
Drama Cinta Teruna Kimchi sudah ditayangkan sehingga episod 5 di TV3 semalam. Respon yang diterima untk drama ini juga berbagai-bagai. Orang di sekeliling saya kebanyakannya memberi respon positif dan ada juga yang memberi beberapa kritikan untuk penambahbaikan. 

Bagi orang baru seperti saya yang baru-baru terjebak dalam dunia ini, saya memang mengalu-alukan sebarang teguran dan kritikan. 

Tapi, baru-baru ini, saya terbaca berita berkaitan respon negatif terhadap drama ini sehingga menggelarkan ia sebagai drama sampah. Saya memang rajin juga mambaca komen-komen orang ramai di twitter sewaktu tayangan drama ini. 

Tapi, bila dah sampai masuk berita, saya terpanggil untuk sedikit sebanyak membetulkan tanggapan salah terhadap Cinta Teruna Kimchi. Saya cuba mencari logik di sebalik gelaran ‘sampah’ ini. Jika dikatakan tujuan drama ini untuk mempromosikan K-Pop, tuduhan tersebut agak dangkal bagi saya. 

Dari awal saya terlibat dalam penulisan skrip drama ini, saya sudah diberitahu oleh pencetus idea asal iaitu Kak Ummuhani Abu Hassan bahawa drama ini bertujuan untuk mempromosi Hankuk University of Foreign Study terutamanya Jabatan Melayu-Indonesia yang telah wujud selama lebih 50 tahun. Saya sendiri selama 5 tahun berada di Korea tidak tahu mengenai kewujudan jabatan tersebut. 

Saya berasa bangga apabila mengetahui ada orang Korea yang mahu belajar Bahasa Melayu sekalipun ia Bahasa Melayu Indonesia dan bukan Bahasa Melayu Malaysia. Malahan, saya sempat bersembang dalam Bahasa Melayu dengan seorang graduan yang kini bekerja di Jabatan tersebut dan ternyata Bahasa Melayunya sangat fasih. 

Kewujudan senyap Jabatan ini selama lebih 50 tahun memang wajar dipromosikan di Malaysia supaya kita sebagai penutur asal bahasa Melayu berasa bangga dan tidak hanya memandang tinggi kepada bahasa lain kerana bahasa kita juga sebenarnya diiktiraf di negara luar. 

Jadi, saya agak pelik mengapa orang lebih melihat K-Pop berbanding kewujudan Jabatan Bahasa Melayu yang cuba diketengahkan dalam drama ini. Seterusnya, ada juga komen yang mengatakan bahawa mereka tidak selesa dengan Nazim Othman yang bercakap Korea dan Bahasa Melayu pelat Indonesia. 

Bagi saya, untuk seorang yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan tidak pernah belajar bahasa korea secara formal, Nazim Othman sudah melakukannya dengan sangat baik. Bukan sedikit yang memuji usaha beliau. 

Malah, pelakon yang menjadi ibu Nazim dalam drama ini berkali-kali bertanya kepada saya, “Betul ke Nazim ni memang tak pernah belajar bahasa Korea? Sebutannya bagus." 
Saya yakin jika dia diberi lebih masa, Nazim mampu untuk menutur Bahasa Korea dengan lebih baik. Sebelum ke Korea juga, saya melihat Nazim asyik menonton video orang Korea bercakap Bahasa Melayu untuk mendapat idea tentang karakter yang akan dibawa. 

Melihat komitmen dan usaha Nazim, saya tak pelik kalau asyik muka dia yang keluar dalam drama TV. Tidak adil untuk orang ramai memperlekehkan watak yang dibawa sedangkan orang Korea sendiri memuji Nazim. Tidak kurang juga yang terus membuat konklusi hanya berdasarkan tajuknya sahaja. 

Saya berharap agar budaya membuat konlusi hanya dengan melihat tajuk ini perlu diubah. Kalaupun tak mahu menonton, ambillah sedikit masa untuk membaca sinopsisnya sebelum membuat andaian. Pada saya, banyak perkara baik yang cuba diketengahkan dalam drama ini. Antara yang boleh saya senaraikan, Kisah Suraya yang banyak mentafsir ayat Al-Quran mengikut nafsu, Dato Firdaus yang cuba pelbagai pendekatan untuk menegur Suraya, Kang Ye Jun yang ingin mendalami islam dan banyak lagi. 

Jika penonton benar-benar menghayati drama ini, saya kira memang banyak perkara baik yang boleh dipelajari dan itulah apa yang kami cuba tekankan. Saya secara peribadi berharap agar mesej yang ingin disampaikan melalui drama ini dapat dihadam oleh penonton. 

Semoga usaha kecil ini akan dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah s.w.t.
Amin 

Hj Hanafi sarif

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Thursday, February 4, 2016

Terima kasih

Tahun lalu pada tarikh ini, kami kongsikan sebahagian karya dari naskhah Aku Terima Cintanya kepada para pembaca yang berminat. 

Ya, ia dibaca percuma. Sudah setahun berlalu. Testimoni positif semakin memenuhi wall, emel dan kotak mesej kami. 

Alhamdulillah. 

Terima kasih semua! Hugs!


by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Perkampungan Penulis 2016

Tuan penulis? 
Sudah ada buku yang diterbitkan atau ada buku yang akan diterbitkan? 

Acara ini untuk tuan. 
Perkampungan Penulis 2016. 
Untuk kita, orang-orang yang beruntung.



by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Wednesday, February 3, 2016

Iklan : Minggu Penulis Remaja (MPR)

Dari wall Tuan Nimoiz. 

IKLANEKA MINGGU PENULIS REMAJA (MPR) 12 – 17 MAC 2016 

Syarat Penyertaan: 
i) Peserta mestilah berumur antara 17 – 21 tahun. 
ii) Penyertaan terhad kepada 25 orang sahaja. 
iii) Pemohon yang pernah menghasilkan karya kreatif dalam mana-mana media cetak di Malaysia seperti sajak, cerpen, esei dan lain-lain akan diutamakan. 
iv) Berminat dan berkebolehan dalam penulisan kreatif. 
v) Bersedia membiayai kos pengangkutan dari rumah ke DBP dan sebaliknya. 

Urus Setia: Untuk mendapatkan borang penyertaan dan keterangan lanjut, sila hubungi: 

Urus Setia Minggu Penulis Remaja (MPR) 2016, 
Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, 
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, 
Aras 22, Menara DBP, 
Jalan Dewan Bahasa, 50640 KUALA LUMPUR. 
(u.p.: Mohd Jusoh bin Majid) 
No. Telefon : 03-21479216 No. 
Faksimile : 03-21479614 E-mel : jusoh@dbp.gov.my 
Laman Web : http://www.dbp.gov.my 

Tarikh Tutup Penyertaan: Borang penyertaan hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada 8 Mac 2016. 

Pemilihan peserta tertakluk kepada penilaian dan keputusan jawatankuasa pemilihan MPR dan mereka yang berjaya akan dihubungi melalui telefon, E-mel atau surat.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Berhijrah

Akhir-akhir ini, perkataan ini sering ada dalam fikiran. Kalaupun tidak total, saya mahu hijrahkan sikap saya. Mahu lebih optimis dan bersemangat walaupun ada masanya tak sengaja lembap. 

Buktinya, pagi tadi dah tersalah rosakkan cerek di rumah abang. Mujur ia masih berfungsi walaupun cacat. Rasa bersalah! Mujur abang penyayang. Kalau abang garang.... 

Sekarang, saya dalam perjalanan ke luar negeri Selangor. Sejak bertolak saya asyik fikirkan hal hijrah. Membaca satu halaman Mandala Anak Merdeka, semakin saya memikirkan isu itu.

Sampailah di stesen Nilai, koc merah jambu ini kecoh sejenak apabila seekor kucing memasukinya tanpa sengaja. Selepas itu, ia tidak tentu arah, mengiau dengan kuat sehinggalah ditenangkan seorang gadis baik yang berbelas kasihan dan mencintai haiwan. 

Di Stesen Labu, dia turunkan kucing itu. Dua penumpang di sebelah seat saya berulang kali menyebut, "Kucing tu berhijrah!" 

Saya terdiam. Memandang tanpa berkata apa-apa. 

Langsung terkenang bicara sahabat dalam pertemuan semalam yang diolah daripada kata sasterawan negara, "Aku diajar terbang bagai burung, aku diajar cara ikan berenang di laut, tetapi untuk hidup, aku tidak tahu." 

Benar. Kita tidak pernah tahu apa yang menanti di hadapan. Yang menggerakkan, hanya hati nekad yang percaya pada Tuhan. Insya-Allah. 
----- 

Dalam buku Aku Terima Cintanya, saya ada juga sentuh isu hijrah dalam cerpen Kapten. Dapatkannya di: bit.ly/atcinta

#ThisIsLife #
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

#AbangGarangKacak

"Kau tahu bila aku rasa serba-salah?" 

"Bila?" 

"Bila aku nak bagitahu abang garang yang aku malas masak. Tapi, aku beritahu juga." 

#ThisIsLife #AbangGarangKacak
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Rekod

Tadi MakMah buat rekod. 

Potong (hiris nipis, tapi tak nipis macam mayang) 3kg bawang besar dalam masa tak sampai setengah jam. 

Fuh, bangga dengan diri sendiri. 
Haha. Bos hebat dah beli Onion Slicer! 

#OmarShahBriyani #ThisIsLife
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Cetakan Kedua

"Apa syarat pertandingan?"

Ini soalan pertama mentor saya apabila saya bertanya mengenai penulisan cerpen untuk sayembara.

Sambungnya lagi, "Biasanya dalam sayembara, ada 2. Jenis yang perlu kita ikut ataupun sayembara letak syarat yang jangan dilanggar."

Berdasarkan pesanan ini, saya menyemak peraturan pertandingan berkali-kali, menghadam setiap syarat yang tertulis.

Kali ketiga saya membaca iaitu sehari sebelum tarikh akhir menghantar karya, fikiran saya jelas dengan ayat, "Dakwah untuk golongan mualaf."

Maka, saya terus berpegang kepada satu hal. Ia cerita yang tidak perlu isu terlalu berat, dan sesuai untuk difahami oleh orang yang baru mengenal Islam.

Petang itu, saya meminta kepada Tuhan supaya diilhamkan sesuatu untuk dituliskan. Buka televisyen, saya pilih rancangan dakwah dan Alhamdulillah ada cerita yang diilhamkan melalui rancangan satu jam itu.

Subhanallah! Terus, saya menaip dan pada malamnya saya edit dan garap bahasa.

Alhamdulillah. Saya dapat tempat ketiga dalam pertandingan anjuran Yadim ini. Mari doakan semoga ia dianjurkan lagi pada tahun ini.

Buku Biru Langit Itu yang memuatkan karya 25 pemenang pertandingan ini sudah diulang cetak buat kali kedua, dengan kaver baru. Alhamdulillah.



by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Bersosial di KL Sentral

Hari ini saya bersosial di KL Sentral.
Pagi, saya menyelak-nyelak isi dua buah buku mengenai idea di MPH.
Rezeki, bertemu beberapa sahabat di NU Sentral.

Apabila penulis bertemu, topiknya tidak pernah lari. Sering berputar-putar hal buku dan dunia penerbitan. Alhamdulillah, saya seronok mengutip ilmu dan berkenalan dengan beberapa sahabat baru.

Selepas solat Asar, saya lepak di KL Sentral lagi. Sempat bertegur dan berbual dengan seorang perempuan yang baru menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat di KL.

Jauh dia merantau. Orang Sarawak, belajar di Adelaide, dan temuduga kerja di KL. Tadi, dia sedang menunggu waktu Maghrib sebelum naik bas ke lapangan terbang. Mahu ke Terengganu pula. Semoga perjalananmu dirahmati, sahabat.

Sempat, beliau menitipkan pesan yang penuh harapan dan doa, "Semoga sukses kak. Selamat menyentuh hati-hati manusia melalui tulisan." Saya terharu.... Alhamdulillah.

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Tuesday, February 2, 2016

Buka rahasia

"Penulis adalah seseorang yang membukakan rahasia kehidupannya kepada diri sendiri." - Hernowo

Membuka rahsia hidup. Membuka pekung sendiri. Ia bukan hal yang mudah untuk menyingkap cerita-cerita pahit dalam diri, menguatkan hati yang mahu menangis dan berulang berasa kesal. Memarahi dan mengutuk diri kerana membiarkan ia berlaku, dan kemudian tersenyum kekok sewaktu menemukan manfaat di sebaliknya.

Proses itu tidak pernah mudah, setiap kali.

Apabila ada yang bertanya apa rahsia saya menulis?

Jawapannya kekal sama, "Sebab saya suka dan saya mahu."

Tidak banyak yang saya tahu, tetapi saya percaya ada sesuatu yang boleh diambil daripadanya dan ia bertambah apabila saya berkongsi. Insya-Allah.

Kata Marie Forleo, "Stay on your game and keep going for your dreams because the world need that special gift that only you have."

#ThisIsLife #LoveWriting #Cerpen101

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

Monday, February 1, 2016

#AbangGarangKacak

"Kau tahu bila aku kecewa tapi lepas tu senyum-senyum macam mak yang tengok anak membesar depan mata dengan sihat?" 

"Mak aih, bila tu?" 

"Bila aku dah siap masak, lepas tu tengok abang garang dengan adik segak dah tertidur depan tv." 

#ThisIsLife #AbangGarangKacak

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT