Wednesday, January 27, 2016

28 Januari

Setahun lalu, kami menerima khabar gembira mengenai manuskrip Aku Terima Cintanya. 

Selepas sebulan setengah proposalnya berada di tangan editor, kami dimaklumkan bahawa ia lulus terbit dan manuskrip penuh sudah masuk fasa edit. 

Alhamdulillah. 
Ia kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Selepas menitiskan banyak air mata, kali ini tangisan itu murah lagi, dengan emosi yang berbeza. 

Khabar itu diraikan di lokasi berbeza. 
Tuan Zamri di Perak, saya di Selangor dan Tuan Muiez di Mekah. 

Alhamdulillah. 

Pada tarikh yang sama tahun ini, Tuhan hadirkan kegembiraan itu sekali lagi ke dalam hati kami. 

Kali ini, ia datang dalam bentuk tulisan daripada Cikpuan Sarah Lee yang menyentuh dan mengundang sebak. Subhanallah. 

Saya petik kata Cikpuan Sarah Lee, "Mesej yang disampaikan sangat padat dan mendalam. Sarat dengan rahsia untuk bahagia dan setia. Penuh inspirasi." 

Tidak terkata. Saya sedang berbahagia. Alhamdulillah. 

Nota: Model kacak dalam gambar pertama ini adik ipar saya. Mohon jangan kecam saya.





1 comment: