Sunday, January 17, 2016

Kisah cinta 41 tahun

Semasa mengorek kisah mereka, saya berkali-kali menahan air mata. Berusaha menelan emosi sendiri, supaya telinga lebih cekap mendengarkan bait cerita dari mulut ayah.

Alhamdulillah, cerita-cerita itu berjaya dimuatkan dalam naskhah Aku Terima Cintanya. 


Bersekali sebuah cerita sewaktu kami di mahkamah syariah, menjadi sebahagian saksi kes-kes penceraian yang menyebalkan hati. 

"Mereka lupa menjadi sahabat...." 

Ya, salah satu tujuan naskhah ini ditulis. Semoga ia menjadi salah satu sebab yang mengingatkan kembali hati-hati yang merajuk dan mula dingin dengan pasangan. 

Sebab cinta itu perasaan, maka ia perlu disegarkan. Insya-Allah. 

Nota: Rindu.

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Post a Comment