Friday, January 15, 2016

MakMah, MakMah

Sebagai adik yang tidak cekap di dapur, menghubungi kakak dan bertanya resepi adalah sesuatu yang tidak dapat tidak, mesti dilakukan sebelum berpencak dengan sudip dan kuali. 

Tetapi, banyak pula laluan berhalang untuk telefon sampai ke tangan kakak. Pertama, abang ipar kacak. Berhelo-helo sekejap (memang betul-betul helo. Dua kali cakap helo, lepas tu telefon bertukar tangan). Fikir-fikir, dah lama tak dengar abang ipar kacak bercerita. 

Kedua, si Siti Safiyyah MakMah ni. 
Sekejap-sekejap dia cakap, "MakMah, MakMah," lepas tu dia bercerita macam-macam. 
Bila MakMah cakap, dia balas, "Oooo...." 

Bakpe comel sangat, Ya? Bila minta nak cakap dengan Umminya, dia tak nak bagi. 
Terus sambung lagi, "MakMah, MakMah!" 
Minta kali ketiga, baru dapat cakap dengan kakak. 

Fuh, mencabar! Mujur masakan okey. 
Hepi sebab abang makan bertambah. 
Alhamdulillah. 

Okey, ada job editing masuk lagi ni. 
Uols, kalau nak servis editing MakMah, roger saja. PM tepi. 
Kbai.

by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Post a Comment