Posts

Showing posts from March, 2015

5 Ciri-ciri Cerpen

Image
Sejauh mana kita tahu pasal genre penulisan yang dipanggil cerpen? Tak kenal maka tak cinta. Jadi, mari kita berkenalan dengan cerpen.

Panjang cerpen atau short stories biasanya di sekitar 500 hingga 20 000 patah perkataan.

5 Ciri-ciri CerpenTema + Plot + Watak + Masa + Lokasi = Cerpen
Mengapa saya gunakan elemen ‘tambah’ dalam formula ini?

Sebab, daripada lima ciri ini ada elemen yang boleh tiada dalam cerpen.

Mari kita lihat elemen ini satu per satu.

Tema Tema adalah perkara asas yang dipegang oleh watak utama dalam cerpen. Menurut Kamus Dewan, tema adalah perkara yang mendasari sebuah cerita. Dalam penulisan cerpen, perlu ada SATU tema sahaja.

Sebagai contoh, kita menulis cerpen dengan tema ‘tanggungjawab seorang anak soleh’. FOKUS kepada tema ini. Tidak perlu campurkan dengan tema masalah pendidikan di rumah atau kesilapan cara ayah mendidik anak.

Plot Ramai yang menganggap plot itu sebagai susunan cerita. Ia tanggapan yang tidak tepat.

Plot adalah sebab dan akibat.
Dalam penulisan c…

7 Teknik Membangunkan Skil Penulisan

Image
Kemahiran perlu diasah.

Bagaimana mahu membangunkan skil penulisan yang baik?

1. Pergi kelas penulisan. Saya sendiri berguru dengan beberapa orang guru penulisan.

+ Selain menambah ilmu, kita akan bertemu ramai individu yang mempunyai minat serupa.
+ Ia membuka banyak peluang kerjasama selain ruang duduk dalam jemaah.
+ Saya menemukan penulis bersama buku Aku Terima Cintanya melalui kelas penulisan.


2. Sertai seminar penulisan dan berkenalan dengan seramai mungkin orang bidang. + Di seminar, ruang bertemu mata dan berdiskusi lebih terbuka.
+ Banyak idea segar boleh didapatkan melalui perkongsian di seminar.
+ Cari projek dan rakan penulis di seminar.
+ Datang dengan minda dan hati terbuka, dengan niat mahu belajar.



3. Follow dan belajar dengan para senior serta rakan bidang di laman Facebook, Instagram, blog atau Twitter. + Kumpul tip yang dikongsikan para penulis lain di laman sosial mereka.
+ Pelajari teknik penulis senior berinteraksi dengan pembaca mereka.
+ Tegur penulis se…

9 Ciri Penting bagi Yang Mahu Menulis Cerpen untuk Majalah.

Image
Ada yang bertanya, bagaimana mahu menulis cerpen untuk majalah?
Terdapat sembilan perkara pentig yang harus diteliti oleh penulis setiap kali mahu berkarya untuk majalah.



1. Format Bagi mana-mana majalah, ada format piawai yang disenangi para editor.
- tulisan Times New Roman
- saiz 12
- langkau baris (spacing) 1.5 atau 2.0

2. Tema Sesuaikan tema cerpen dengan majalah.
Kenalpasti tema majalah dengan membaca isu terkini majalah berkenaan.
Antara tema universal yang mudah diterima adalah :
i. Cinta
ii. Keluarga
iii. Masyarakat
iv. Persahabatan

3. Halaman Had normal ialah 6 hingga 8 halaman.
Sekiranya tidak pasti, semak maklumat ini dengan editor ruangan atau bertanya kepada senior dalam bidang penulisan karya kreatif.
Insya-Allah, mereka tidak lokek berkongsi.

4. Surat Iringan / Profil Penulis Surat iringan adalah surat rasmi yang memuatkan profil penulis.
Nyatakan :
- nama penuh,
- nama pena (jika ada)
- nombor IC
- alamat surat-menyurat lengkap
- nombor akaun bank

5. Etika Penulis …

Aku Terima Cintanya | The Making Of

Image
Proses perancangan (dalam kepala) bagi projek ini bermula apabila Tuan Zamri Mohamad membuat tawaran terbuka di laman FB-nya; mencari penulis yang boleh menovelkan naskhah 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.

Waktu itu, tanpa berfikir panjang saya terus komen, "Saya!"

Mengapa?

Sebab ia antara impian saya sebagai penulis.
Saya menjadi penulis kerana mahu kongsikan ilmu yang dipelajari di dalam kuliah dan memindahkannya ke dalam teks santai, supaya ia dapat dimanfaatkan lebih ramai orang.

Saya anggapkan ini sebagai pembuka.
Sebab tidak mudah menterjemah ilmu kejuruteraan ke dalam cerita harian, dalam bahasa perbualan yan tidak teknikal.

Maka, langkah memfiksyenkan karya Tuan Zamri adalah proses menuju ke arah merealisasikan impian ini.
Segala tunjuk ajar guru penulisan saya, Cikpuan Azzah Abdul Rahman diaplikasi. Walaupun merangkak, saya gagahkan juga.

Tetapi, disebabkan saya bermasalah mahu menulis teks panjang yang mencecah ratusan halaman seperti novel, maka saya membuat keputu…